Thursday, April 3, 2008

My radio experiance...

Assalamualaikum... salam sejahtera...

Selamat datang ke blog ini. Chek harap semua rakan dalam keadaan sihat selalu. Chek tatau nal blog apa... mungkin bleh chek cerita kat sini pasai penglibatan chek ke alam Radio Amatur ni... :D chek mula ber-Radio nih sejak mula pakai walkie talkie FRS untuk berkonvoi kereta dengan kawan2... dari situ chek dgn rakan SWAL WOC mula mencari tentang alat komunikasi menggunakan radio yang boleh menjangkau jarak yang lebih jauh. Ada rakan2 dalam kelab kereta yang juga mempunyai minat yang sama dan dia juga dah mengambil RAE dan bercallsign. Namun depa tidak aktif dan tidak tahu mengapa jadi begitu. So dari walkie talkie lah timbulnya minat dengan radio ni.

Kali pertama amik RAE chek gagal. Tu dia la.. org kata nal blajaq kena carik guru.. tapi chek belajaq pakai internet ngan nota dari kawan2 saja.. tu pun 2 hari sblm nak p amik RAE baru nak baca nota dan soalan² cubaan. kali pertama amik exam masa RAE diadakan di USM Transkrian. Dengan berbekalkan semangat sahaja chek dengan SWAL WOC pi amik exam. Studi sket² sahaja... Akhirnya keputusan yang dapar GAGAL. haa padan muka... tu la dari dulu lagi Cikgu kat skolah dah habaq.. kena blajaq baca buku.. carik cikgu tanya kalau tak tau. kan dah GAGAL.


tapi takpa... chek dgn rakan tadi daftar lagi sekali utk RAE (Kali ni kat UITM merbok) kali ni berbekalkan semangat dah serba sedikit ilmu yang ditimba dari bengkel RAE dan ulang kaji yang dibuat... Alhamdulillah... Akhir nya chek dah dapat sayap dengan callsign 9W2ACY...

oklah cukup lah dulu... sampai kita jumpa lagi di lain post.... hehehe

p/s : terim kasih kerana membaca blog ku yg mengarut ini... ;)

No comments:

Post a Comment