Wednesday, April 16, 2008

Eyeball dengan Elmer

2 minggu lepas aku dgn beberapa rakan telah bertemu dengan Elmer Ham yg tak asing lagi dikalangan HAM-HAM di malaysia (pada pendapat saya sahaja) iaitu PAk Ishee @ Ismail Razak 9M2FK. Albert 9W2RAY telah menjemput Pak Ishee ketempat Eyeball. Aku rasa amat bertuah kerana dapat bertemu dgn beliau. Banyak yang di bualkan pada malam itu. Antaranya pengalaman beliau dalam dunia HAM. Walau bagaimanapun aku tak dapat tunggu lama untuk berbual dgn Pak Ishee. Aku bawak Harmonic bersama dan dia dah mula dok tak sengap kerana mengantuk. Selepas bersalaman dengan semua rakan aku kembali ke base dan terus horizontal.

Photobucket

Keesokan harinya, albert - 9W2RAY dan Jeff SWL-WOC mengajak aku menziarah Pak Ishee di rumahnya. Petang itu kami bertiga ke rumah Pak Ishee. Pada kali ini kami dapat melihat shack Pak Ishee. Dalam pada itu sempat juga kami berbual-bual dan juga melihat pak Ishee QSO di CW dengan Cikgu Rahman 9M2AR di band 40m. Sambil itu pak Ishee juga menunjukkan QSL kad yang diterimanya sepanjang beliau menceburi dunia HAM. Beliau juga menunjukkan kami certificate pencapaian beliau dlam dunia HAM.


Photobucket



Dan aku pada hari itu berasa amat bertuah kerana dapat melihat sendiri apakah yang dikatakan seorang HAM. Aku sedang menuju ke arah itu juga. Insya Allah...

Photobucket

No comments:

Post a Comment