Thursday, December 17, 2009

.: UTM Introductory ARDF Open (Fox Hunting) 2010 - English

.: UTM Introductory ARDF Open (Fox Hunting) 2010 - English

9W2PJU - Malaysian Ham Radio Station: Between Amateur Radio Of Malaysia And United States

9W2PJU - Malaysian Ham Radio Station: Between Amateur Radio Of Malaysia And United States

Sekadar peringatan untuk saya dan rakan2...

Padah tiada piawai Sirim

Oleh Zulfa Mohamad
zulfa@hmetro.com.my


NIBONG TEBAL: Tindakan seorang wanita mempromosi peralatan telekomunikasi yang tidak mempunyai kelulusan Institut Penyelidikan dan Piawaian Malaysia (Sirim), menerima padah apabila alat berkenaan dirampas, semalam.

Sebelum itu, wanita berusia 40-an itu mempamerkan walkie-talkie dan radio mudah alih untuk tujuan jualan di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia (USM), Transkrian dekat sini.

Orang awam yang meragui tindakan wanita terbabit menghubungi polis sebelum Inspektor Anwar Johari dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis SPS mengetuai serbuan dengan kerjasama pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa, Enkatesulu Juval serta pegawai penguat kuasa Sirim.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Asisten Superintendan Zulkifli Adamsah, berkata dalam serbuan itu lima unit walkie-talkie dan tiga unit radio mudah alih bernilai RM10,000 dirampas selepas didapati tidak mempunyai kelulusan Sirim.

Katanya, seorang wanita dari Parit Buntar, Perak yang juga jurujual peralatan berkenaan ditahan untuk siasatan manakala peralatan dirampas diserahkan kepada SKMM untuk tindakan lanjut.


“Tindakan diambil mengikut Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Zulkifli berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti sama ada peralatan telekomunikasi berkenaan diseludup masuk ke negara ini.

“Jurujual berkenaan mendakwa tidak mengetahui bahawa penjualan alat itu menjadi satu kesalahan jika tanpa memiliki kelulusan Sirim.

“Polis juga mengingatkan orang ramai supaya memastikan peralatan dibeli mendapat kelulusan pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, setiap alat telekomunikasi yang hendak dijual perlu mempunyai kelulusan Sirim kerana penggunaan alat yang tidak dibenarkan boleh mengganggu frekuensi alat komunikasi lain.

“Polis juga mengalu-alukan maklumat orang ramai mengenai penjualan alat telekomunikasi yang tidak mempunyai kelulusan Sirim,” katanya.

sumber : Harian Metro

Monday, December 14, 2009

R.A.E 2/2009

R.A.E 2/2009 akan datang tak lama lagi. Rakan² SWL dah bersedia untuk hadapi R.A.E? Ada rakan yang berkampung sampai 3 hari dok study nak amik R.A.E, syabas untuk mereka. Saya doakan agar mereka semua lulus dan akan bersama-sama kita semua di dalam dunia Radio Amatur. Kali ini saya tidak dapat bersama-sama rakan-rakan di pusat peperiksaan kerana tugasan di saltmine. Kita jumpa nanti di udara.. 73 dari saya buat semua... Selamat menjawab peperiksaan dan saya doakan semua agar bejaya dalam peperikasan ini. jumpa lagi...


de 9W2ACY

Wednesday, December 2, 2009

Kelas RAE

Class CANCEL due unforeseen circumstances. Sorry for any inconveniences.

THX. 73 de 9W2ACY