Friday, November 27, 2009

Salam Adil Adha

Salam aidil adha buat semua. Tahun ni family aku buat korban. Sekoq lembu akan dikorbankan selepas solat jumaat hari ni. Kemudian akan diagih-agihkan kepada yang memerlukannya dengan bantuan tok imam kampung aku. Kepada yang memandu balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Ingat orang yang tersayang. Jumpa lagi.

Cerios.. 73& 88.. de Joncy

Monday, November 23, 2009

Alumni UiTM Merbok...

TO all Alumni Frens.. pls proceed to this link ---> My Personal Blog for entry on the Alumni UiTM Merbok Homecoming : Back To campus post n pic

Thursday, November 5, 2009

Jaluran Vs Simplek

Apakah maksud jaluran? Apakah maksud simplek?

Sedang aku mendengaq rakan² qso, aku terdengaq perbualan yg menyebut : " Saya tidak pernah qso dengan rakan di jaluran, selalunya di simplek sahaja."

Aku penin. Kalau ada rakan yang dapat bantu, perjelaskan? Boleh komen di bawah...

73,

Hapdate setelah sekian lama tak hapdate.. hehehe

Sejak kebelakangan ini aku sering mendengar sahaja di frequensi... Baru-baru ini aku ke lembah kelang atas tujuan kerja. Ketika dalam perjalanan aku mendegar sahaja di repeater² yang dapat didengari... sambil-sambil itu mendegar juga di lain² frekuensi. Cuba jugak untuk memancar, menggunakan handy dengan kuasa 5 watt dan antenna ¼ λ. tapi tak berapa berjaya walaupun feedbackdari repeater diterima dengan S9.

Dalam perjalanan balik pun aku cuba memancar, tapi masih sama. Lalu aku mendengar sahaja disepanjang perjalanan. Sehingga sampai ke kawasan utara, aku berjaya mencapai repeater 9m4rbb dan qso denga beberapa rakan.

Sehingga hari ini, aku masih sekadar mendengar di VHF. cuma sekali sekala jika kedengaran rakan sedang qso dan ingin mendapatkan maklumat, aku akan cuba memanggil.

haha.. apa yang aku merepek ni. tadak idea sebenaqnya. Skang kat tempat kerja baru dan belum sesuaikan diri. Nak kena belajaq benda baru.

jumpa lagi...