Thursday, November 5, 2015



Artikel ini ditulis oleh Abe Din @ Azud Din

Setting Antenna Tuner

berikut adalah suatu (dari banyak) cara untuk setting antenna tuner:
1. sambung semua pendawaian
- ground semuanya - radio, tuner (dan power supply)
- sambung bekalan kuasa ke radio, jangan on lagi
- pasang mic/PTT (atau key), speaker ke radio
- pasang antenna bersama transmission line (obviously and balun too)
- sambung ke soket "antenna" di tuner
- patch cord dari soket "transmitter" (di tuner) ke radio (transmitter soket, "antenna")
- switch on lampu shack, kalau gelap la, kerja dalam gelap ni tak elok kecuali sesetengah jenis kerja saja.



2. switch on bekalan kuasa
3. switch on radio
4. laraskan capacitors di tuner ke sifar - transmitter (knob c) dan antenna (knob d). pastikan juga tuner dalam mode TUNED, bukan BYPASS (button atas button b, dalam gambar)
5. laraskan volume di radio dan DENGAR
6. pilih band yang nak kerja di radio (40m, 10m, 6m... bukan brass band, bukan juga rubber band).
7. pilih frequency yang tiada aktiviti (MUSTI, taknak mengganggu station lain) yang berdekatan dengan frequency yang nak kerja
8. laraskan tuner inductor (knob a) untuk penerimaan (noise) di radio yang paling kuat. dengarkan juga kalau ada sebarang aktiviti di frequency (kalau ada, pindah frequency sikit, kadar 5kc). kalau tak beza, pilihlah setting di tengah (G).
9. pilih FSD (Full Scale Deflection) forward power di tuner kepada low (button b)
10. laraskan kuasa output transmitter (di radio) kepada separuh FSD forward power. gambar di sini FSD utk low adalah 30W. jadi, laraskan output di 15W (5-10W pun ok). jangan rendah sangat sebab bacaan meters akan terlalu rendah untuk selesa
11. set transmitter kepada RTTY atau FM mode
12. perhatikan meter reflected power dan transmit - picit PTT
- laraskan knob c untuk bacaan reflected power paling minimum, kemudian
- laraskan knob d untuk meminimumkan lagi bacaan reflected power


13. berhenti transmit - lepaskan PTT. jangan picit PTT lama sangat masa reflected power besar
* tujuannya adalah untuk mendapatkan bacaan reflected power paling minimum, sifar.
kalau tak dapat minimum yang dikehendaki,
14. sifarkan knob c dan knob d.
15. laraskan knob a satu step ke atas (atau ke bawah), iaitu dari G ke H - atas (atau ke F - bawah)
16. ulangi tatacara 12 di atas untuk bacaan reflected power yang minimum.
17. bila dah selesa (dah dapat bacaan reflected paling minimum), laraskan button utk FSD (forward power) yang lebih tinggi (button b)
18. laraskan kuasa output transmitter ke maksimum kerja yang dimahukan, tidak melebihi FSD di tuner SERTA tidak melebihi kuasa yang mampu ditanggung oleh antenna dan transmission line
19. transmit dan laraskan kembali knob c (tak perlu sifarkan dulu) dan knob d (jika perlu, pun tak perlu sifarkan dulu). ini adalah untuk fine tuning tuner agar selesa dengan transmit power yang dimahukan untuk kerja.
20. SABAR. kekadang tuning amat narrow, perlahankan pelarasan (knob c dan d).
21. bila dah puashati dengan yang telah didapati, catat maklumat berikut (ke dalam logbook la, wajib tu) untuk rujukan:
- jenis sistem antenna (jenis antenna, ketinggian)
- frequency band
- knobs settings (a, c dan d)
- tarikh dan waktu (untuk faktor cuaca, panjang antenna berbeza dengan haba)


22. laraskan frequency ke tempat yang nak kerja (CQ, QSO.. ntah apepejele), di band yang sama
23. jika perlu (JIKA PERLU SAHAJA), laraskan semula knob c (dan knob d), mungkin sikit saja, di frequency ini. PASTIKAN dulu tiada sebarang aktiviti di frequency ni. kalau tak laraskan semula pun tak apa, kecuali kalau tuning tu narrow sangat, tapi jangan melebihi sesaat, dengan output rendah sahaja.
24. ok, itu je. enjoy the fun.
*** PERHATIAN *** (BACA YANG BERIKUT SERTA FAHAMKAN)
- JANGAN TRANSMIT SAMBIL MELARASKAN INDUCTANCE (knob a)
sebab masa pertukaran step inductance tu, circuit adalah open dan SWR adalah infinity. laraskan inductance masa tidak transmit (lepas PTT)


- PASTIKAN TANGGUNGAN KUASA TUNER (tuner handling power) ADALAH MELEBIHI KUASA OUTPUT TRANSMITTER
kecuali kalau bersedia nak beli set baru - antenna, tuner dan radio, juga power supply.


- dengan kebolehan mode transmitting RTTY (atau FM), TAK PERLU "BERSIUL/BERSUARA" di mic untuk mewujudkan carrier di tuner/antenna. kecuali kalau menggunakan transmitter yang hanya berkebolehan AM/SSB sahaja. kalau demikian pastikan mengguna kuasa output kecil SERTA di frequency yang tiada sebarang aktiviti (tak nak ganggu station lain).


kalau ada kaedah lain, bolehlah kita sama-sama kongsi kaedah di sini.


No comments:

Post a Comment