Friday, February 10, 2012

Sumbangan Kasih untuk Pak Eshee 9M2FK

sumber MARES

Berita tentang Pak Eshee 9M2FK .. Elmer dari Penang... gambaq banner aku kat atas tu kat shack dia.. Sama-sama kita bantu sekadar termampu dan  kita doakan semoga Pak Eshee semakin sihat dan kembali ke udara... Amiiinn...


Written by MARES Newsdesk   
Monday, 06 February 2012 21:44
Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera,

Ramai telah sedia maklum bahawa 9M2FK Pak Eshee telah diserang penyakit angin ahmar (stroke) tahun lalu. Beliau masih lagi uzur berlanjutan dari serangan tersebut. Sekarang ini Pak Eshee terlantar di katil dijaga oleh isterinya. Anak beliau masih belajar lagi katanya.

Bagi yang belum mengenali Pak Eshee, beliau adalah di antara Elmers yang senior di Malaysia. Beliau juga telah beberapa kali memainkan peranan menyelamatkan nyawa mereka yang berhadapan malang melalui radio amatur. Di antara yang diketahui umum adalah kapal layar hanyut di perairan Mukah Head, dan juga pendaki Himalaya di Tibet.

Kita telah dimaklumkan bahawa kos pembiayaan makanan Pak Eshee adalah RM 800 sebulan, kerana beliau makan makanan khas melalui tiub. Oleh itu, kita berhasrat untuk membuat sumbangan bulanan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh isteri dan keluarganya. Oleh itu kami menyeru kepada rakan2 yang lebih bernasib baik untuk menyumbang RM10 sebulan selama yang mampu. Kita berharap dengan sumbangan RM10 sebulan di darab dengan sejumlah penyumbang ianya akan menjadi jumlah yang dapat membantu keluar Pak Eshee setiap bulan.

Sumbangan boleh disalurkan terus kepada anak beliau di:
     Noor Aisyah Somkam Bt. Ismail      BSN  A/C NO: 07106-29-00002963-1

Terima kasih dan jasa baik tuan puan hanya Tuhan yang membalas. Hanya RM 10 sebulan.

73 88.
de MARES Malaysia

(Sila FORWARD kepada rakan2 lain untuk tindakan lanjut)

Click Read More for ENGLISH announcement.

Assalamualaikum wrt and a warm greetings,

Many may have realized that 9M2FK Eshee suffered a stroke attack last year. He is still unwell from stroke. Right now, Eshee is bedridden in care by his wife. His children are still in school.To those that hasn't known Eshee, he is one of the very senior Elmers in Malaysia. He has played a primary role in several life saving situations via amateur radio. Among those well know were an adrift yacht in Mukah Head waters, and an injured Himalayan climber in Tibet.

We were informed that his special nutrient cost for Eshee is around RM 800 a month, as he is being fed via tube. Therefore, we intent to initiate a monthly contribution to ease the financial burden of his wife and family. We are calling to all more fortunate friends to donate RM 10 every month for as long as we possibly could. We hope that the RM 10 a month multiplied by all the donors would total to a sum that will help Eshee and family every month.

Donation can be made direct via Eshee's daughter at:

Name: Noor Aisyah Somkam Bt Ismail
Bank: Bank Simpanan Nasional
A/C no: 07106-29-00002963-1


Oursincere thanks and appreciation and may God repay your kindness. Only RM 10 a month.

73 88
de MARES Malaysia
Please SHARE.
Last Updated on Monday, 06 February 2012 21:51